RSS

MARI KENALI DOWN-SINDROME

SINDROM DOWN (SD) ????
Mesti anda pernah mendengarnya..kita mesti terbayangkan kanak-kanak yang mempunyai rupa yang sama..tetapi ramai juga antara kita yang kurang ataupun cetek pengetahuan tentang sindrom down..
SD adalah kurang tepat jika dikatakan sebagai satu penyakit.

SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga

-Trisomi

-Translocation

-dan Mosaic

AUTISME
Kanak-kanak autism ini merupakan kanak-kanak yang kelihatan normal dari fizikalnya, tetapi mereka ini mempunyai masalah tingkah-laku. Mereka tidak suka dengan sentuhan, hubungan mata dengan orang lain, tidak suka bercampur dengan orang lain, tantrum (mengamuk), sering melakukan sesuatu yang pelik dan berbahaya, ketawa dan menangis tanpa sebab, sukar menggunakan kemahiran motor halus (pergerakan menggunakan jari) serta berkelakuan seolah-olah tidak mendengar apabila dipanggil. Sindrom ini merupakan sindrom yang dialami oleh seseorang semenjak lahir sehingga akhir hayat dan sekiranya kita tidak memahami penyakit autism ini sudah tentu kita menganggap mereka sebagai tidak waras. Namun, sedarkah kita bahawa individu yang mempunyai autism sebenarnya memiliki keistimewaan masing-masing. Ada di antara mereka sangat pintar di dalam matematik, menghafal, aktiviti berenang serta melakukan aktiviti kesenian seperti melukis, bermain alat muzik dan sebagainya. Sekiranya, golongan ini dapat dikeluarkan daripada kepompong dunia mereka, maka teserlahlah kepintaran yang tersembunyi di dalam diri mereka bahkan golongan ini berpotensi untuk menjadi manusia ‘genius’ seperti Bill Gates dan Albert Einstien yang merupakan individu autism. Sehingga kini, ramai di antara kita yang masih kurang faham dan juga tidak mengenali individu dengan autism. Secara umumnya, autism merupakan masalah biologikal yang kompleks dan dihadapi oleh individu tersebut sepanjang hayatnya. Tidak ada ujian medikal yang dijalankan setakat ini untuk mendiagnosis autism dan pemerhatian mendalam hanya dilakukan terhadap pesakit autism.

SELAMAT DATANG!

KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI.

TUJUAN BLOG INI DIDIRIKAN ADALAH UNTUK MEMBERI INFO DAN INSPIRASI KEPADA ANAK-ANAK DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SK SRI LANGAT INI.

SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PENGUNJUNG.